Kasih Sayang.

Jumaat 17hb Januari 2020

Kasih Sayang Tuhan Kepada Orang Bertaqwa

Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya
Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga
Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia dan disimpan aset itu sebagai harta di Syurga
Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya
Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula
Dapat pula melahirkan syukur dan ramai pula orang terbela
Sekiranya orang yang bertaqwa itu diuji dan dibala
Itu juga adalah kasih sayang Tuhan kepada mereka
Agar dosanya diampun atau ditinggikan darjat mereka di Syurga
Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang yang bertaqwa
Senang dan susah, miskin dan kaya, sakit dan sihat ada nilainya di sisi Tuhan
Kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apapun dia tenang sahaja
Susah dan senang sama sahaja
Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak, di waktu susah tidak pula rasa derita
Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka
Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya, jiwanya senang dan tenang sahaja
Begitulah hidup orang mukmin bersama Tuhannya.

Imam Al Mansur Wonosobo.

Menjelang Tidur
09.02.2004

Ewallet.

CNP :
Terkini..

Maklumat Dari segi undang undang dan BNM
Isu Ewellet RM30.00

Kerajaan Telah Memberi Sebanyak RM450 juta kepada sykt swasta ewellet ini adalah satu kesalahan dalam undang undang MALAYSIA.

Kerajaan tidak boleh memberi pada sebuah sykt swasta untuk menguruskan E-WELLET.

Duit Kerajaan kepada sykt KRONI.

Ini adalah satu kesalahan untuk rakyat mendedahkan maklumat peribadi kepada sebuah sykt.

Swasta seperti diwar kan 15 Jan 2020 oleh Menteri kewangan.

Udang sebalik batu.

Ini semua rakyat akan menerima akibatnya mendedahkan maklumat peribadi.

Jika kerajaan PH benar benar iklas bantu rakyat kenapa Tak melalui LHDN.

Seperti bantuan sara hidup BSH.

Untuk meneraju System E-wellet tersebut ini duit cukai rakyat hak LHDN

Fikir FIKIRKAN.

Satu laporan Polis akan di buat oleh rakyat.

Sekian