Kasih Sayang.

Jumaat 17hb Januari 2020

Kasih Sayang Tuhan Kepada Orang Bertaqwa

Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya
Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga
Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia dan disimpan aset itu sebagai harta di Syurga
Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya
Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula
Dapat pula melahirkan syukur dan ramai pula orang terbela
Sekiranya orang yang bertaqwa itu diuji dan dibala
Itu juga adalah kasih sayang Tuhan kepada mereka
Agar dosanya diampun atau ditinggikan darjat mereka di Syurga
Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang yang bertaqwa
Senang dan susah, miskin dan kaya, sakit dan sihat ada nilainya di sisi Tuhan
Kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apapun dia tenang sahaja
Susah dan senang sama sahaja
Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak, di waktu susah tidak pula rasa derita
Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka
Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya, jiwanya senang dan tenang sahaja
Begitulah hidup orang mukmin bersama Tuhannya.

Imam Al Mansur Wonosobo.

Menjelang Tidur
09.02.2004

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s